Friday, April 23, 2010

Waktu Persekolahan Hari Sabtu 24 April 2010

Dimaklumkan bahawa waktu persekolahan Hari Sabtu pada 24 April 2010 esok hendaklah mengikut Jadual Hari Isnin. Oleh sebab Majlis Perhimpunan tidak akan diadakan, maka waktu P&P akan bermula awal satu masa. Hal ini bermakna waktu kedua akan menjadi waktu pertama dan seterusnya. Oleh itu, waktu balik bagi pelajar ialah satu masa lebih awal daripada waktu biasa. Sebagai contohnya, kelas yang waktu biasanya tamat pada pukul 2.30 petang, akan balik pada pukul 1.50 petang. Harap maklum.

No comments: