Thursday, December 31, 2009

Terima kasih yang tidak terhingga

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Mohd Nor Marzuki (PK HEM), Pn. Salmah Bt Rani (PK Koko), Pn. Rajaesh, Pn. Jalilah, Pn. Rohati, dan Puan Juliet (GKMP)termasuk setiausaha dan penyelaras HEM, Koko, dan sebagainya yang telah memberikan kerjasama yang penuh dan cemerlang kepada saya untuk membuat persediaan persekolahan bagi tahun 2010. Saya yakin bahawa komitment seperti ini akan membawa kejayaan dan kemajuan kepada SMKBPJ(A).

Monday, December 28, 2009

Penghantaran maklumat melalui e-mel

Sila ambil perhatian,
Mana-mana guru yang belum pernah menerima e-mel daripada Guru Penolong Kanan, harap hubungi saya melalui e-mel dengan segera, iaitu agy7500@yahoo.com.my . Dimaklumkan bahawa pelbagai maklumat akan disampaikan kepada semua guru sekolah melalui e-mel dari masa ke masa.

Selain itu, semua guru juga mestilah menyiapkan laman blog masing-masing, iaitu laman blog diri sendiri, laman blog unit/panitia, kelab, persatuan, dan sebagainya sebelum 31 Januari 2009.

Bukan itu sahaja, guru-guru juga hendaklah bersedia untuk menjalankan Kajian Tindakan kerana laporan kajian tersebut perlu disiapkan pada atau sebelum 3o Mac 2010.

Harap maklum.

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2010

Dengan ini dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 31 Disember 2009

Hari : Khamis

Masa: 8.00 pagi hingga 12.30 tgh

Tempat: Bilik Seminar


Semua guru diwajipkan hadir.


Atur cara majlis:

7.30 hingga 8.00 pagi - Sarapan pagi (Sumbangan Encik Hairi)
8.00 hingga 10.30 pagi - Mesyuarat guru
10.30 hingga 11.30 pagi - Taklimat Orientasi
11.30 hingga 12.30 tgh - Mesyuarat Kelab Staf
12.3o Makanan Tengah hari (Sumbangan kelab Staf)
1.00 tgh bersurai

Friday, December 25, 2009

Mesyuarat Pengurusan dan Pentadbiran

Dengan ini dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh: 28 Disember 2009

Masa: 9.00 pagi hingga 12.30 tgh

Tempat : Bilik Profesionalisme

Kehadiran: Semua penolong Kanan dan Ketua Bidang wajib hadir

SELAMAT HARI KRISMAS

Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua guru, murid, dan ibu bapa yang beragama kristian.

Wednesday, December 23, 2009

Keputusan PMR 2009

Semua calon PMR boleh mendapatkan keputusan PMR 2009 selepas jam 10.00 pagi pada 24 Disember 2009. Harap maklum.

Monday, December 21, 2009

Mari Kita Bergurindam

Gurindam Petua Seorang Guru

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk
Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun,

Kalau seorang guru mengajar tanpa alat
Murid belajar dengan ralat.

Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap
Ada murid bertambah gagap.

Kalau seorang guru pemudah cara
Ramai murid pandai berbicara.

Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai
Tak akan tahu murid bodoh dan pandai.

Kalau seorang guru berbudi bahasa
Dikenang murid sepanjang masa.

Kalau guru berinovatif
Pengajaran akan lebih efektif.

Kalau guru tidak belajar
Samalah taraf dengan pelajar.

(Nukilan: Encik Jaapar Yusof (GB, SK Palong 12, Gemas)

Sunday, December 20, 2009

Mesyuarat Khas Jawatankuasa PIBG

Dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan pada 21 Disember 2009 pada jam 4.00 petang bertempat di Bilik Profesionalisme, SMK BPJ(A). Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut:

1. Ucapan Guru Penolong Kanan
2. Ucapan Pengerusi PIB
3. Ketetapan Bayaran Tambahan dan Bayaran Lain untuk sesi persekolahan 2010.
4. Hal-hal lain.

Semua AJK PIBG dipersilakan hadir.Harap maklum.

Aktiviti Selepas PMR 2009


Selepas PMR, pelbagai aktiviti yang dijalani oleh pelajar untuk menambahkan pengalaman dan pengetahuan. Satu daripada program yang dijalankan ialah demontrasi masakan.

Kursus Dalam Perkhidmatan 2009


Guru-guru SMK BPJ(A) sedang tekun meningkatkan ilmu dalam Kursus Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang diadakan.

BILANGAN MATA PELAJARAN SPM Mulai 2010

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
FORMULA 10 + 2
BILANGAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Jun 2009 telah membuat keputusan bahawa mulai tahun 2010 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadkan untuk mengambil maksimum 10 mata pelajaran kecuali murid-murid aliran agama sains yang boleh mengambil 11 mata pelajaran sehingga tahun 2010 sahaja.

2. Kerajaan telah menerima pandangan pelbagai pihak yang mendakwa keputusan itu menyebabkan murid Cina dan murid India terhalang daripada mengambil mata pelajaran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil.

3. Sukacita saya maklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Disember 2009, kerajaan telah bersetuju menerima rayuan pelbagai pihak agar murid dibenarkan mengambil dua lagi mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM mulai tahun peperiksaan 2010. Dua mata pelajaran tambahan tersebut adalah Bahasa Cina atau Bahasa Tamil DAN Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil. Sehubungan dengan keputusan ini, murid juga dibenarkan mengambil Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran tambahan.

4. Formula 10 + 2 ini bermaksud dasar mengehadkan 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM yang diputuskan terdahulu, adalah kekal tetapi kelonggaran diberi kepada murid untuk mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahan seperti dinyatakan di atas sahaja. Kelonggaran ini boleh diguna pakai untuk semua murid di semua aliran. Syarat-syarat lain pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM, termasuk syarat mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif sedia ada, juga kekal.

5. Selain maksud yang dinyatakan dalam perenggan 4 di atas, Formula 10 + 2 diterima oleh kerajaan dengan syarat-syarat berikut:

(i) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan di atas akan hanya diambil kira dalam penganugerahan Biasiswa Nasional Tajaan Kerajaan sekiranya ianya termasuk dalam 10 matapelajaran maksimum yang diambil oleh murid.

(ii) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan di atas akan hanya diambil kira dalam pengiraan mata, bagi tujuan kemasukan ke kursus-kursus Pengajian Bahasa Tamil atau Bahasa Cina atau Bahasa Arab atau kursus-kursus berkaitan di IPTA.

(iii) kedua-dua mata pelajaran tambahan itu boleh digunakan bagi menyertai latihan perguruan untuk menjadi guru bahasa Cina atau bahasa Tamil atau bahasa Arab.

(iv) keputusan dalam peperiksaan SPM bagi kedua-dua mata pelajaran tambahan itu akan dicatatkan di atas sijil SPM yang sama.

6. Dengan formula 10 + 2 ini, tidak timbul lagi masalah murid yang tidak dibenarkan mengambil mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil. Mereka boleh mengambil mana-mana satu atau dua mata pelajaran tambahan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di atas.

7. Murid aliran agama sains juga boleh mengambil mana-mana 10 mata pelajaran dan satu mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab (lihat lampiran) walaupun selepas 2010. Kumpulan yang mewakili sekolah agama dalam beberapa pertemuan dengan KPM menyatakan 11 mata pelajaran telah mencukupi.

8. Keputusan kerajaan membenarkan dua mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
7 Disember 2009

Lampiran
Contoh pilihan mata pelajaran murid aliran sains dan murid aliran agama sainsAliran Sains
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sejarah
5. Pendidikan Moral
6. Fizik
7. Kimia
8. Biologi
9. Matematik Tambahan
10. Prinsip Akaun

Mata pelajaran tambahan
1. Bahasa Tamil
2. Kesusasteraan Tamil
Aliran Agama Sains
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sejarah
5. Fizik
6. Kimia
7. Biologi
8. Matematik Tambahan
9. Pendidikan Quran dan Sunnah
10. Pendidikan Syariah Islamiah

Mata pelajaran tambahan1
. Bahasa Arab

Nota: Mata pelajaran tambahan TIDAK boleh diganti dengan mata pelajaran lain selain Bahasa Cina/BahasaTamil/Bahasa Arab dan Kesusasteraan Cina/Kesusasteraan Tamil

* Sumber laman web KPM

Enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)

Enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi mencapai matlamat indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) secara lebih berkesan.

(1) mengurangkan kadar jenayah.

(2) meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

(3) meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

(4) memerangi rasuah

(5) memperkasakan prasarana luar bandar dan pedalaman.

(6) menambah baik pengangkutan awam.


*National key results areas (NKRA)

Friday, December 18, 2009

Penggunaan ICT dalam P&P






Untuk membangkitkan minat, meningkatkan pemahaman dan mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran, kami memanfaatkan ICT dalam P&P.

Demontrasi masakan

Kejohanan Kriket 2009

Murthi hogs limelight with Player of the Match award
By NG WEI LOONPhotos by DARRAN TAN

HE more skilful Bears from SMK Bandar Puchong Jaya A emerged as champions in the Malaysian Cricket Association (MCA)-Milo-SportsUnite-Kinrara eight-a-side fun event at the Kinrara Oval recently.

Going in to bat first in the final against Eagles from SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, the side captained by Petaling Perdana district representative Teoh Wai Fu returned with 80 runs to edge Eagles by 41 runs.

Bears’ M. Murthi stole the limelight with his exceptional batting display to earn the Player of the Match award.
Learning curve: Newcomer Nur Aina Husna batting for Wales from SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara in the girls’ group match.

The 15-year-old contributed 26 runs including three sixes and still not out in the encounter.
However, Stallions failed to score a double for SMK Bandar Puchong Jaya A when they went down against the combined side of All-Star in the girls’ final.

In the decisive encounter, All-Star scored 23 runs for a commanding victory, winning the match by six wickets.
And All-Star’s Siti Najiha Zazali was voted the most outstanding player in the match.
Besides claiming three wickets, Siti also registered four runs and was still not out as they went on to seal the victory.

Making a dash: Bears’ captain Teoh Wai Fu chalking up the runs against Eagles in the final.
Considering the downpour on the opening day, the organisers have reduced the scoring format from seven-over to five-over to complete the fixtures.
A total of 21 teams from six schools including a primary school in Puchong took part in the two-day tournament.

Each team fielded 10 players in their line-up.
Seven teams featured in the girls’ section while 14 teams were in the fray in the boys’ contest.
MCA secretary C. Sivanandan said they were planning to introduce cricket to more schools in Puchong with the support from the Petaling Perdana education district office in their bid to create a bigger pool of players at junior level.
“For next year, we are hoping that the Chinese and Tamil vernacular schools will also join the occasion.

“Since hosting the meet last year, we have achieved our aim in attracting the newcomers to pick up a new sport and learn the basics of cricket in a fun way. We are delighted that the effort in promoting cricket at the grassroots is beginning to produce respectable results with several of the beginners representing the district this year,” he added.
From the inaugural meet with about 100 participants in the fray last year, three boys and two girls continuing to scale greater heights also received special mention during the prize-presentation ceremony.

This year, the trio of Teoh, Mohd Fikri Norizam and Mohd Affandi represented the Petaling Perdana district at the Selangor School Sports Council (MSSS) tournament.
Meanwhile, the fairer sex duo of Nor Hisham Zainon and Mim Sharieza Hanim went on to don the national stripes at the Asian Cricket Council Under-19 meet in Chiang Mai, Thailand, last season.

Both of them. 17, were part of the team which came in second behind Nepal at the junior continental tournament.

Kejohanan Kriket 2009

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/11/21/central/5131185&sec=central

Kursus Kajian Tindakan 2009

Keputusan PMR 2009

Dimaklumkan bahawa keputusan PMR 2009 akan diumumkan pada 24 Disember 2009. Oleh hal yang demikian, calon-calon peperiksaan yang berkenaan, sila dapatkan keputusan masing-masing daripada guru kelas anda selepas jam 10.00 pagi. --Drp: Guru Penolong Kanan