Monday, March 19, 2012

Saat Yang Dinanti Telah Tiba...

   Debaran semakin terasa.. Calon-calon SPM 2011 sudah semestinya sedang berkira-kira apakah yang akan mereka perolehi.. Segala penat lelah sepanjang zaman persekolahan akan terjawab..

      Perhatian semua....

KEPUTUSAN SPM 2011 akan diumumkan tidak lama lagi... 
Semua warga sekolah SMK Bandar Puchong Jaya (A) terutamanya para guru mengalu-alukan kehadiran semua Calon SPM 2011 dan ibu bapa untuk hadir ke sekolah bagi bersama-sama berkongsi kegembiraan dalam menerima keputusan tersebut..

Butir-butir Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2011 adalah seperti berikut:


                    Tarikh      : 21 Mac 2012 (Rabu)
             Tempat    : Dewan Ilmiah, SMK Bandar Puchong Jaya (A)

             Tentatif Program

              8.30 pagi   :   Calon SPM 2011 / Ibu Bapa tiba ke sekolah
              9.00 pagi   :   Berkumpul di Dewan Ilmiah
              9.15 pagi   :   Slot perbentangan Keputusan SPM terdahulu oleh 
                                  Setiausaha Peperiksaan 
                            

Saturday, March 10, 2012

Aktiviti sepanjang suku tahun pertama 2012

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Setelah kita melalui 3 bulan pertama di tahun 2012 ini, SMK Bandar Puchong Jaya (A) telah dengan jayanya mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sahaja melibatkan warga guru dan pelajar sekolah ini malah ibu bapa dan orang awam juga tidak ketinggalan.

Berikut merupakan maklumat  aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung:

  • Hari Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan 2012
  • Majlis Perpisahan Mantan Pengetua SMK Bandar Puchong Jaya (A), Puan Ramlah binti Musri
  • Majlis Perlantikan Jawatan-jawatan Khas 2012
  • Program 1 Murid 1 Sukan
  • Majlis Penyampaian Hadiah Program 1 Murid 1 Sukan
  • Larian Ria 2012
  • Majlis Penyampaian Hadiah MSSD 2012
  • Program Motivasi Pelajar 2012
  • Mesyuarat Agong PIBG 2012

Dalam entri-entri yang akan datang, anda akan dapat melihat lebih banyak maklumat terperinci dan gambar-gambar yang menarik. Nantikan.. :-)