Saturday, April 3, 2010

Ujian Lisan Bahasa Melayu - 5UM dan 5UKM

Murid Kelas 5UM dan Kelas 5UKM sila ambil perhatian. Ujian Lisan Bahasa Melayu akan diadakan sepanjang minggu depan (5 April hingga 9 April). Semua murid dikehendaki bersedia kerana semua murid mempunyai kemungkinan untuk diuji. Sesiapa yang telah diundi untuk ujian tersebut mesti menjalani ujian pada hari tersebut. Markah akan dinilai dari segi:

1. Kelancaran dan keyakinan
2. Bahasa
3. Isi yang disampaikan
4. Sebutan dan Nada suara
5. keyakinan

Murid tidak dibenarkan memegang atau membaca nota. Semasa ujian dijalankan, skrip ujian yang bertulisan tangan hendaklah diserahkan kepada saya. Setiap ujian lisan akan dirakamkan. Harap maklum.

No comments: