Tuesday, July 5, 2011

MURAL 3K (PROJEK KEDUA)

MURAL PROGRAM 3K 2011

AKTIVITI DIJALANKAN : WAKTU KOKURIKULUM

MURAL INI BERFUNGSI;
-SEBAGAI AMARAN KAWASAN LARANGAN, (MURID TIDAK DIBENARKAN BERADA
DIKAWASAN INI KECUALI WAKTU p&p KH)
- MEMBERI INFORMASI MENGENAI ALATAN KEMAHIRAN KERANA LOKASI MURAL
INI BERHAMPIRAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
-KECERIAAN KAWASAN TERSEBUT .


MURAL 3K HASIL KARYA : HO HUIYU, TAN YI XUAN, TAN YONG KIET, BEVERLY DAN
EUGENE.

ANDA MEMANG KREATIF.!!

TERIMA KASIH

KURSUS HEADCOUNT &KURSUS APPLIKASI E GOOGLEgoogle

25 JUN 2011 (SABTU)
oleh: PN MAZMIN MOHAMMAD (Pengetua SMK Serendah)
DAN
TUAN HAJI ABU OMAR MOS

maklumat yang dikongsikan memberi banyak manfaat kepada guru-guru SMK Bandar Puchong Jaya (A) demi peningkatan akademik dan profession perguruan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn Mazmin dan Tuan Haji Abu Omar yang tidak lokek memberi idea dan berkongsi pengalaman. terima kasih

PUAN MAZMIN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT DAN PENERANGAN


Sessi perbincangan dan pertanyaan daripada peserta


Tuan Haji Abu Omar berbincang dengan Puan Haniza

Penyampaian cenderamat kepada Tuan Haji Omar




KURSUS HEADCOUNT

25 JUN 2011 (SABTU)
oleh: PN MAZMIN MOHAMMAD
(Pengetua SMK Serendah)


PUAN MAZMIN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT DAN PENERANGAN


Sessi perbincangan dan pertanyaan daripada peserta





Sunday, July 3, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia (1M 1S 1M)

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia Tahun 2011 Tarikh : 2 Julai 2011
Masa : 7.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Padang SMK Bandar Puchong Jaya (A),SK Puchong 2

Larian 1M 1S 1M merupakan larian serentak di semua sekolah di Malaysia berjaya dilaksanakan di sekolah SMK Bandar Puchong Jaya(A) bersama-sama SK Puchong 2.
Walaupun pertama kali diadakan dengan kerjasama kedua-dua sekolah, program berjalan lancar.Komitmen dan kerjasama guru-guru dan warga kedua-dua buah sekolah sangat bagus sekali. Semoga kerjasama ini dapat terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang.

Walaupun warga SMK BPJ(A) baru sahaja selesai dengan kejohanan olahraga,tapi kami tetap bersemangat meneruskan program pada hari ini.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah.

Kejohanan olahraga kali ke 8 -2011..Tahniah, lancar dan berjaya !

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke - 8, 2011
Tarikh : 30 Jun 2011 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari



Kejohanan Olahraga kali ke 8 -2011 berjaya dilaksanakan di Stadium Uniten, Bangi.Antara VIP yang turut hadir ialah En.Nor Azli b.Abd Rahman dan
En Basrin b Yaman dari JPS.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Kejohanan Olahraga kali ke 8-2011 pada tahun ini.
a) VIP
b) PIBG
c) Tetamu jemputan
d) Semua guru dan warga SMK BPJ(A) - Anda semua memang hebat dalam
memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan sukan kali
ini.Tahniah kejohanan berjalan lancar.
e) Semua sekolah jemputan (sebanyak 8 buah sekolah sekitar telah
berjaya menghadirkan diri

Majulah SUkan Untuk semua warga SMK BPJ(A)...IM IS IM

Saturday, June 25, 2011

LADAP 5

LADAP 5 telah diadakan pada 25 Jun 2011 di Bilik Seminar bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang. Semua guru didedahkan dengan teknik pengurusan headcount oleh Puan Mazmin, Pengetua SMK Serendah, Selangor. Di samping itu, penerangan mengenai "Google Apps" turut diberikan oleh Tuan Haji Abu Omar bin Mos selaku Timbalan Pengarah PPD Petaling Utama, Selangor. Pelbagai input telah diberikan untuk memastikan guru mendapat info yang berguna untuk meningkatkan prestasi pelajar.

Friday, June 17, 2011

Perkhemahan Perdana - Aktiviti Menarik (siri 2)

1. Acara kemuncak Malam Kebudayaan / "Unggun Api"


2. Talian kasih -bersama Kaunselor cemerlang Cikgu Azman




3. Memasak Ala Hutan -dikendalikan oleh unit beruniform












4. Aktiviti "flying fox" - fasilitator daripada UPM


(Pn.Nik Rosmita bersedia untuk melaksanakan aktiviti ini



Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan menambah lebih banyak aktiviti bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai warga SMK BPJ(A)

Monday, June 13, 2011

NOVEL INTERLOK

SEMUA MURID TINGKATAN 5 / 2011;

SILA BAWA NOVEL ANDA ESOK SEPERTI YANG TELAH DIARAHKAN SEMASA PERHIMPUNAN PAGI TADI.

KETUA KELAS SILA BANTU MENGUTIP BUKU TERSEBUT DAN PASTIKAN DISERTAKAN SENARAI SEMAK BAGI MEMUDAHKAN URUSAN GURU-GURU SPBT DAN GURU-GURU BAHASA MELAYU..

TERIMA KASIH..

SELAMAT BERSEKOLAH SEMULA

KEPADA SEMUA WARGA SMKBPJA ;

SELAMAT BERSEKOLAH SEMULA SETELAH BERCUTI SELAMA 2 MINGGU.
SEMOGA ANDA SENTIASA BERSEDIA DALAM AKADEMIK. TERUS AKTIF DALAM KOKURIKULUM DAN JANGAN LUPA SAHSIAH DAN ADAP PERLU SENTIASA DIPELIHARA DAN DIPUPUK DALAM DIRI ANDA..


Thursday, June 2, 2011

SEPETANG BERSAMA MANTAN PENTADBIR SMKBPJ(A) :2003 -2010

tarikh : 30MEI 2011
hari : ISNIN
tempat ; HOTEL MARRIOT , PUTRAJAYA

BERSAMA MANTAN PENTADBIR SMKBPJA (2001 HINGGA 2010)
TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DI ATAS PELAWAAN KAMI
SANGAT KAMI HARGAI.

JASA DAN NASIHAT ANDA SENTIASA DIKENANG ..

Mantan pentadbir 2003 hingga 2010 dan Pentadbir 2011
Dari kiri : EN MOH NOH (mantan PK HEM), PN RUSLINA(mantan PK Kokurikulum & Pen Kanan), PN ZANIAH (mantan Pengetua), PN ZABIBIWATI(mantan Pen Kanan), PN HANIZA (Pen Kanan), PN ROHATI (PK Kokurikulum) dan PN JALILAH (PK HEM)

Puan Ruslina , Puan Zaniah & Pn Zabibiwati

Menjamu selera sambil bertukar cerita dan pandangan
Sesi menandatangani buku tetamu sebagai kenangan

Wednesday, June 1, 2011

PERKHEMAHAN PERDANA 2011

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM & PENGAWAS
TARIKH : 27 MEI HINGGA 29 MEI 2011
TEMPAT : TAPAK SMK BANDAR PUCHONG JAYA (A)

-SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU DAN MURID TERLIBAT ....
PROGRAM BERJALAN LANCAR




Semua peserta diberi taklimat dan dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing.


Semasa sesi pendaftaran - diuruskan oleh Pn.Che Rosnani dan Pn.Rosmani


Peserta menunggu di pondok bacaan sementara menunggu sesi pendaftaran


Backdrop diuruskan oleh Cik Azwa


SEMASA SESI "Ice Breaking" diuruskan oleh Kaunselor





Buat pertama kalinya Aktiviti "Flying Fox" dan "Absailing" diadakan di sekolah.Semua peserta kem sangat teruja melakukan aktiviti ini.

Sunday, May 15, 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun untuk semua pelajar SMKBPJ(A) yang telah bermula pada 9 Mei bagi pelajar menengah atas dan 19 Mei bagi pelajar menengah rendah. Semoga anda semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. =)

Saturday, April 30, 2011

Minggu Kerjaya dan minggu akademik

Minggu kerjaya dan minggu akademik telah diadakan di Dewan terbuka SMKBPJ(A) pada 11 hingga 25 April 2011. Melalui progrem ini, para pelajar diberi pendedahan awal mengenai dunia pendidikan di peringkat kolej dan universiti.

Puan Haniza berucap di tapak perhimpunan sempena merasmikan minggu kejaya dan minggu akademik SMKBPJ(A).

Para pelajar yang terpilih menerima hadiah beratur menunggu naik ke pentas.

Antara pelajar yang naik ke pentas menerima hadiah.

Sepanjang minggu kerjaya dan minggu akademik, pameran akademik diadakan di dewan terbuka SMKBPJ(A). Pelbagai pihak daripada kolej dan universiti dijemput untuk menjayakan program ini.

Pameran akademik dan kerjaya yang diadakan di dewan terbuka SMKBPJ(A).

Pelajar-pelajar mencatat maklumat yang diberikan oleh pihak universiti pilihan mereka.

Pelajar menunjukkan minat mendengar penerangan daripada wakil kolej terlibat.

Pihak daripada Open University Malaysia yang merupakan salah satu daripada universiti yang terlibat menjayakan minggu kerjaya dan minggu akademik sekolah.

Pertandingan menghasilkan kolam

Pihak sekolah telah mnganjurkan pertandingan menghasilkan kolam yang diadakan di dewan ilmiah SMKBPJ(A) pada 27 April 2011. Aktiviti ini dilaksanakan sempena meraikan pesta pongal.

Peserta pertandingan bersama bersama guru-guru melihat hasil kerja tangan pelajar menghasilkan kolam.

Antara kolam-kolam yang telah dihasilkan oleh peserta pertandingan mengikut kreativiti masing-masing.

Puan Haniza bersama Puan Rohati dan Puan Thiru Selvi menunjukkan antara kolam yang menarik perhatian mereka dalam pertandingan tersebut.

Majlis perlantikan pengawas baru sesi 2011

Majlis perlantikan pengawas baru bagi sesi 2011 telah diadakan di Dataran Ilmu SMKBPJ(A)pada 19 April 2011. Majlis ini dirasmikan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Jalilah bt Hassan. Di majlis ini, seramai 20 orang pelajar menerima perlantikan pengawas selepas lulus dalam latihan kepimpinan menjalankan tugas-tugas pengawas yang telah diadakan.

Majlis dirasmikan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Jalilah bt Hassan.

Salah seorang daripada pengawas baru yang menerima perlantikan.

Barisan pengawas membaca ikrar sebagai pengawas yang bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang telah di amanatkan kepada mereka.

Wajah-wajah pengawas baru SMKBPJ(A) yang berpakaian biru gelap bermula sesi 2011.