Sunday, May 20, 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

Salam Sejahtera..

Pihak sekolah mendoakan agar para pelajar dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan baik.. diharap agar pelajar semua akan memperoleh keputusan yang cemerlang..

Pesanan kami agar pelajar semua mengulangkaji dengan baik, tenang menjawab soalan, kurangkan aktiviti yang memenatkan, dapatkan tidur dan rehat yang cukup di rumah dan pastikan anda bersarapan sebelum ke sekolah.. :-)

Good luck, students!

KUPON KARNIVAL RIA

Salam Sejahtera..

PERHATIAN!


IBU-BAPA & PARA PELAJAR SEKALIAN..

SETIAP PELAJAR ADALAH DIWAJIBKAN UNTUK MEMBELI KUPON BAGI KARNIVAL RIA SEMINIMUM RM 30.00.
 BERMULA HARI ISNIN (21/05/2012), GURU KELAS MASING-MASING AKAN MULA MENGEDARKAN KUPON TERSEBUT. 
PIHAK SEKOLAH AMAT MENGHARAPKAN KERJASAMA IBU-BAPA &PELAJAR

JANGAN LUPA!!!

ANDA BERPELUANG MEMENANGI I-PAD & TELEFON PINTAR SAMSUNG GALAXY S..

BAGAIMANA?

ANDA HANYA PERLU MENJADI PEMBELI KUPON TERBANYAK!



CEPAT!!! 

PELUANG MASIH TERBUKA.. ADAKAH ANDA YANG AKAN MILIKI HADIAH MENARIK INI? :-)


16 MEI kembali lagi..... :-)

Hai semua...

Siapa di antara anda yang tahu apakah kaitan di antara tarikh 16 Mei ini? 
ya... hari guru.. hari guru yang cukup istimewa.. hari di mana para guru diberi penghargaan yang cukup bermakna.. hari yang disambut hanya setahun sekali.. ;-)

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga guru SMK Bandar Puchong Jaya (A).. Semoga kita bersama-sama melakukan transformasi terhadap pelajar dan sekolah kita.. :-)

p/s: kepada para pelajar, hargailah guru anda.. guru yang sentiasa sabar melayan karenah kalian.. guru yang sentiasa sabar mencurahkan ilmu tanpa jemu.. hormatilah dan sayangilah guru anda..

Friday, May 11, 2012

Kompang Formasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Ok, hari ni cikgu nak update tentang Pertandingan Kompang Formasi pula..

Pada 2/5/2012 (Rabu) yang lalu, SMK Bandar Puchong Jaya telah menjadi Tuan Rumah sekaligus menyertai Pertandingan Kompang Formasi peringkat daerah Peraling Perdana. Sebanyak 20 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori Skolah Menengah dan kategori Sekolah Rendah. Senarai sekolah terlibat adalah seperti berikut:


Sekarang kita lihat pula apa yang berlaku sepanjang majlis tersebut



Pemenang Kategori Sekolah Rendah

Pemenang Kategori Sekolah Menengah - SMK Seksyen 19, Shah Alam

Baik, sekarang mari kita lihat rakaman persembahan kompang formasi daripada pasukan sekolah kita, SMK Bandar Puchong Jaya (A) dan juga pasukan yang telah menjuarai pertandingan ini, SMK Seksyen 19, Shah Alam.. :-)



Pasukan sekolah yang mantap! ;)



Juara.. ;)


Baiklah, setelah menonton video-video ini diharap anda 'enjoy' dan dapatlah mengambil teladan agar lebih berusaha di masa hadapan.. Semoga pasukan kompang sekolah kita akan berusaha lebih gigih dan mencapai kejayaan yang cemerlang selepas ini..


Sampai di sini sahaja... Jumpa lagi.. :-)

Friday, May 4, 2012

hai semua.. kita sambung dengan Ceramah Kerjaya.. ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Masih ingat lagi, entri sebelum ini kita dah baca tentang Pameran Kerjaya yang telah berlangsung di sekolah kita? seronok kan? baik, hari ini cikgu nak sambung sedikit dengan aktiviti yang telah diadakan bersama dengan Pameran Kerjaya tersebut iaitu Ceramah Kerjaya.

Mari kita lihat apa yang telah para pelajar lalui pada sesi ceramah tersebut.. ;)















Ceramah-ceramah tersebut telah disampaikan oleh wakil dari pihak THE ONE ACADEMY, TAYLOR'S COLLEGE, & THE OTOMOTIF COLLEGE.. Diharap ceramah-ceramah tersebut dapatlah membuka mata para pelajar agar nampak dengan lebih jelas akan masa depan mereka..

Berjumpa lagi di entri akan datang... 
Salam sayang kepada semua... :-)