Saturday, April 30, 2011

Minggu Kerjaya dan minggu akademik

Minggu kerjaya dan minggu akademik telah diadakan di Dewan terbuka SMKBPJ(A) pada 11 hingga 25 April 2011. Melalui progrem ini, para pelajar diberi pendedahan awal mengenai dunia pendidikan di peringkat kolej dan universiti.

Puan Haniza berucap di tapak perhimpunan sempena merasmikan minggu kejaya dan minggu akademik SMKBPJ(A).

Para pelajar yang terpilih menerima hadiah beratur menunggu naik ke pentas.

Antara pelajar yang naik ke pentas menerima hadiah.

Sepanjang minggu kerjaya dan minggu akademik, pameran akademik diadakan di dewan terbuka SMKBPJ(A). Pelbagai pihak daripada kolej dan universiti dijemput untuk menjayakan program ini.

Pameran akademik dan kerjaya yang diadakan di dewan terbuka SMKBPJ(A).

Pelajar-pelajar mencatat maklumat yang diberikan oleh pihak universiti pilihan mereka.

Pelajar menunjukkan minat mendengar penerangan daripada wakil kolej terlibat.

Pihak daripada Open University Malaysia yang merupakan salah satu daripada universiti yang terlibat menjayakan minggu kerjaya dan minggu akademik sekolah.

No comments: