Saturday, April 30, 2011

Minggu Kerjaya dan minggu akademik

Minggu kerjaya dan minggu akademik telah diadakan di Dewan terbuka SMKBPJ(A) pada 11 hingga 25 April 2011. Melalui progrem ini, para pelajar diberi pendedahan awal mengenai dunia pendidikan di peringkat kolej dan universiti.

Puan Haniza berucap di tapak perhimpunan sempena merasmikan minggu kejaya dan minggu akademik SMKBPJ(A).

Para pelajar yang terpilih menerima hadiah beratur menunggu naik ke pentas.

Antara pelajar yang naik ke pentas menerima hadiah.

Sepanjang minggu kerjaya dan minggu akademik, pameran akademik diadakan di dewan terbuka SMKBPJ(A). Pelbagai pihak daripada kolej dan universiti dijemput untuk menjayakan program ini.

Pameran akademik dan kerjaya yang diadakan di dewan terbuka SMKBPJ(A).

Pelajar-pelajar mencatat maklumat yang diberikan oleh pihak universiti pilihan mereka.

Pelajar menunjukkan minat mendengar penerangan daripada wakil kolej terlibat.

Pihak daripada Open University Malaysia yang merupakan salah satu daripada universiti yang terlibat menjayakan minggu kerjaya dan minggu akademik sekolah.

Pertandingan menghasilkan kolam

Pihak sekolah telah mnganjurkan pertandingan menghasilkan kolam yang diadakan di dewan ilmiah SMKBPJ(A) pada 27 April 2011. Aktiviti ini dilaksanakan sempena meraikan pesta pongal.

Peserta pertandingan bersama bersama guru-guru melihat hasil kerja tangan pelajar menghasilkan kolam.

Antara kolam-kolam yang telah dihasilkan oleh peserta pertandingan mengikut kreativiti masing-masing.

Puan Haniza bersama Puan Rohati dan Puan Thiru Selvi menunjukkan antara kolam yang menarik perhatian mereka dalam pertandingan tersebut.

Majlis perlantikan pengawas baru sesi 2011

Majlis perlantikan pengawas baru bagi sesi 2011 telah diadakan di Dataran Ilmu SMKBPJ(A)pada 19 April 2011. Majlis ini dirasmikan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Jalilah bt Hassan. Di majlis ini, seramai 20 orang pelajar menerima perlantikan pengawas selepas lulus dalam latihan kepimpinan menjalankan tugas-tugas pengawas yang telah diadakan.

Majlis dirasmikan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Jalilah bt Hassan.

Salah seorang daripada pengawas baru yang menerima perlantikan.

Barisan pengawas membaca ikrar sebagai pengawas yang bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang telah di amanatkan kepada mereka.

Wajah-wajah pengawas baru SMKBPJ(A) yang berpakaian biru gelap bermula sesi 2011.

Science Fair Experiment

Pada 13 April 2011, pihak sekolah telah menganjurkan Science Fair Experiment untuk pelajar aliran sains tulen SMKBPJ(A). Pelbagai idea dan kreativiti pelajar-pelajar dapat dicungkil daripada teori-teori sains hasil pembelajaran mereka di kelas.
Puan Haniza selaku Penolong Kanan memerhatikan cara pelajar membuat experiment.

Hasil kerja pelajar berupa aliran larva daripada gunung berapi.

Wakil pelajar memberi penerangan mengenai projek experiment kumpulan mereka kepada Puan Haniza.

Kumpulan pelajar yang menggunakan Prinsip Bernouli untuk projek mereka.

Kreativiti pelajar dalam mengaplikasikan tindakbalas kimia pada stuktur molekul warna menghasilkan rona warna yang menarik.

Kumpulan pelajar yang memilih "Handheld Fireball" sebagai tajuk projek sains.

Lawatan ahli Kelab Rukun Negara

Kelab Rukun Negara telah menganjurkan lawatan untuk ahli-ahlinya ke Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur pada 7 April 2011. Seramai 38 orang ahli kelab dan 2 orang guru pengiring menyertai lawatan ini.

Guru penasihat kelab mengiringi para peserta setiba sampai ke kawasan Bangunan Parlimen Malaysia.


Guru-guru pengiring Kelab Rukun Negara SMKBPJ(A) iaitu Puan Alison (kanan) dan Puan Oii See see (kiri).

Para peserta yang terlibat dengan program lawatan berkumpul sementara menunggu giliran masuk ke bangunan parlimen.

Penerangan diberikan terlebih dahulu oleh guru pengiring diberikan tumpuan penuh oleh peserta-peserta.

Gelagat para peserta bergambar bersama guru-guru pengiring.

Saturday, April 23, 2011

Pelajar 5 USM-Anda Memang Bagus ! ( Pencerapan kelas )


Pelajar aktif dalam kelas.Wujud interaksi dua hala.


Pn.Zuriyati sedang memberi penjelasan tentang jenis-jenis saham.Pelajar
memberi tumpuan.


Tajuk hari ini - Prinsip Akaun ( Saham ).


Pelajar tekun mendengar penerangan guru.

Tahniah diucapkan kepada Pn.Zuriyati dan semua pelajar kelas 5 USM.

Persembahan Murid - hebat ( sempena Hari Anugerah)


Persediaan bunga manggar oleh pelajar untuk menyambut ketibaan
Pn.Foziah bt. Buang- Pegawai PPD - Petaling Perdana


Tarian tradisional Melayu - "Rasa Sayang-Sayang Eh" diketengahkan


Tarian sumazau dipersembahkan


Tarian 1 Malaysia di bawah pimpinan Pn.Thiruselvi,Pn.Yong,Cik Nuriza
dan Cik Nur Hidayu

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menyediakan persembahan yang cukup mantap. Tahniah

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat MSSD

Pertandingan Kawad Kaki KRS MSSD Petaling Perdana
-selaku tuan rumah KRS 2011

Tarikh : 12 April 2011 ( Selasa )
Tempat : SAM Bestari, Subang Jaya
Kehadiran : Dua platun KRS -putera dan puteri
Guru KRS - Pn.Sharifah Fatimah,Pn.Nurul Hidayah,
Pn.Nur Ilyana
AJK Guru :
Pn.Haniza,Pn.Rohati,Pn.Maznah,
Pn.Widad,Pn.Farimasriza,Pn.Rosmani,Pn.Yong.
Dibantu : En.Rizal -Jurugambar,2 orang jurugambar murid


Guru KRS -Pn.Sharifah Fatimah sedang menguruskan platun puteri
SMK Bandar Puchong Jaya(A) setibanya mereka di SAM Bestari, Subang Jaya.


Peserta kawad kaki sekolah (putera) sedang menunjukkan kehebatan masing-
masing di bawah kendalian Pn.Nurulhidayah,guru KRS.


Para hakim KRS sedang beristirehat sementara menunggu majlis penyampaian
sijil dan cenderahati atas khidmat mereka yang dicurahkan.


Di SAM Bestari- semua VIP sedang duduk di hadapan semasa majlis perasmian
penutupan.Kelihatan Ustas Abd Rahman (PK koku SAM Bestari),Pn.Rohati dan
Pn.Haniza.


Semasa majlis perasmian penutupan semua platun sedang bersedia mendengar
ucapan.


Penyampaian cenderahati daripada Pn.Aziza Zamzurina ( Pegawai kukurikulum,
PPD Petaling Perdana ) kepada Pn.Haniza selaku pengerusi kawad kaki KRS MSSD
2011.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada guru KRS yang telah bersusah payah menyediakan 2 buah platun KRS ke peingkat pertandingan MSSD.Inilah kali pertama sekolah menghantar penyertaan kawad kaki KRS ke peringkat MSSD.
Begitu juga tahniah diucapkan kepada semua AJK Pelaksana yang menjayakan program ini. Semoga jasa dan pengorbanan kalian mendapat ganjaran dari yang Maha ESA.
Terima kasih.

MINGGU KERJAYA (SIRI 4)

DEMONSTARI MEMASAK
Tarikh : 22 APRIL 2011
Hari : JUMAAT
Tempat : DEWAN ILMIAH

Pendedahan kepada pelajar dalam bidang cheff and cataring.


Penerangan yang diberikan


Peserta diberi peluang untuk cuba memasak

MINGGU KERJAYA (SIRI 3)

PERTANDINGAN POSTER MINGGU KERYA 2011
19 APRIL 2011
DEWAN MUNSYI (DEWAN TERBUKA)

PARA PESERTA MEMULAKAN LAKARAN

ANTARA HASIL KARYA YANG TELAH SIAP OLEH PESERTA MENENGAH RENDAH

MINGGU KERJAYA (SIRI 2)

PERTANDINGAN BANNER / KAIN RENTANG
"AKADEMIK CEMERLANG , KERJAYA GEMILANG
TARIKH : 20 APRIL 2011
TEMPAT : DEWAN ILMIAH

Pertandingan ini diadakan bagi mencugkil bakat pelajar
dan
memupuk semangat kerjasama antara rakan.
Didalam kumpulan juga dapat menghasilkan pelbagai idea berasaskan konsep yang sama.

Ahli kumpulan melakar mukataip kapsyen dan ilustarsi pada kain yang diberi

proses mewarna dan hampir siap

Senario sepanjang aktiviti dijalankan