Sunday, April 11, 2010

Raptai pertandingan kawad kaki -Rabu 14 April 2010

Pada hari Rabu ini (14 April 2010 ) semasa perjumpaan semua unit beruniform,akan diadakan raptai pertandingan kawad kaki peringkat sekolah.
Pertandingan kawad kaki akan diadakan pada hari Sabtu ( 17 April 2010 ).
Semua guru dan pelajar yang terlibat diharap dapat memberi kerjasama dan komitmen yang baik dalam menjayakan raptai ini.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar dan guru digalakkan memakai baju uniform masing-masing pada waktu persekolahan. Ini kerana pada hari RABU kita semua digalakkan memakai baju uniform mengikut unit masing-masing.

Kerjasama yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.

No comments: