Tuesday, January 12, 2010

Pengurusan dan Pentadbiran Tanpa Kertas

Dengan dimaklumkan bahawa kebanyakan urusan yang dijalankan di sekolah ini dilakukan melalui Internet dan blog. Oleh itu, semua guru di sekolah ini wajib mempunyai alamat e-mel, blog, facebook, dan sebagainya. Ibu bapa juga digalakkan. Pihak sekolah menggalakkan semua warga sekolah ini dan ibu bapa supaya berurusan melalui e-mel, blog dan sebagainya. Melalui cara ini, pihak sekolah dapat menjimatkan perbelanjaan mencetak kertas dan juga dakwat pencetak komputer. Bagi ibu bapa pula, mereka tidak perlu datang ke sekolah untuk berurusan kecuali perkara yang tidak dapat dilakukan melalui e-mel atau blog. Oleh itu, ibu bapa dapat menjimatkan masa dan tenaga. Saya berharap agar usaha ini mendapat sokongan daripada semua pihak.

1 comment:

jalilahassan said...

insyaalah. walau bagaimanapun penggunaan kertas perlu untuk urusan fail . terutama kpd ketua panitia, dan ketua bidang serta unit-unit .

terima kasih diatas makluman tersebut...