Tuesday, January 19, 2010

Kenderaan Ibu bapa

Dimaklumkan bahawa ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah dengan kenderaan masing-masing atas alasan keselamatan sama ada semasa hujan ataupun tidak hujan.

JIka hari hujan, ibu bapa hendaklah menurunkan anak atau mengambil anak di kawasan perhentian bas. Kawasan pejalan kami dari perhentian bas ke kawasan sekolah merupakan kawasan berbumbung.


Untuk makluman ibu bapa, jalan masuk ke sekolah dikongsi oleh pihak sekolah rendah dan pihak sekolah menengah. Oleh sebab terdapat kenderaan yang berulang alik sama ada kenderaan guru atau kernderaan suami/isteri guru, sama ada dari dalam atau dari luar sekolah terutamanya pada waktu puncak, maka pelbagai masalah telah timbul. Untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku serta demi kepentingan keselamatan semua pihak, pihak sekolah telah membuat ketetapan bahawa kenderaan ibu bapa dilarang memasuki kawasan sekolah.

Dengan keputusan ini diharapkan semua ibu bapa dapat memberikan kerjasama.

Harap maklum.

1 comment:

Pn. Sia said...

Saya harap kenderaan ibu bapa tidak berhenti di depan pintu utama sekolah. Ini berlaku setiap pagi tanpa mengira keadaan cuaca.