Wednesday, February 5, 2014

Adakah bus sekolah anda dilindungi insuran ?

Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada sesi pembentangan Bajet 2013, kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.), sebagai agensi pelaksana dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), mengumumkan skim perlindungan insurans  murid-murid sekolah telah berkuatkuasa mulai 2 Januari 2013 dan akan berterusan sehingga 31 Disember 2014.
Kerajaan amat mengambil berat akan keselamatan pelajar-pelajar sekolah yang menaiki bas ke sekolah. Justeru itu, skim insurans ini adalah suatu langkah untuk mentransformasikan industri bas sekolah, yang mana ianya disediakan bagi membantu murid-murid dan keluarga murid bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.
Skim perlindungan insurans ini melibatkan murid-murid sekolah yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia DAN menaiki/menggunakan bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) diseluruh Semenanjung dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah, Labuan dan Sarawak.

1 comment:

faid barakah said...

Al FAID BARAKAH SERVICES PUCHONG PRIMA
( KIOSK MYEG )
PERBAHARUI ROADTAX & INSURANS KENDERAAN ANDA- Tanpa Geran Original


*Kami menawarkan khidmat MyEG secara online dan serta merta boleh dicetak terus kepada anda disamping untuk memperbaharui Insurans .
*Kami juga menawarkan Perkhidmatan Penghantaran RoadTax dan Insurans Kenderaan Ke Lokasi anda.

Like us On Facebook- https://www.facebook.com/roadtaxmyeg4u

QUOTATION PERCUMA DENGAN HARGA INSURANS KENDERAAN MELAMPAU LAMPAU MURAH
http://roadtaxmyeg4u.blogspot.com/p/contact-us.html