JALAN PIPIT, 47100 PUCHONG, SELANGOR. NO. TEL:03-80754728 NO. FAX:03-80757513
Thursday, February 6, 2014
Wednesday, February 5, 2014
Adakah bus sekolah anda dilindungi insuran ?
Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada sesi pembentangan Bajet 2013, kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.), sebagai agensi pelaksana dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), mengumumkan skim perlindungan insurans murid-murid sekolah telah berkuatkuasa mulai 2 Januari 2013 dan akan berterusan sehingga 31 Disember 2014.
Kerajaan amat mengambil berat akan keselamatan pelajar-pelajar sekolah yang menaiki bas ke sekolah. Justeru itu, skim insurans ini adalah suatu langkah untuk mentransformasikan industri bas sekolah, yang mana ianya disediakan bagi membantu murid-murid dan keluarga murid bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.
Skim perlindungan insurans ini melibatkan murid-murid sekolah yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia DAN menaiki/menggunakan bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) diseluruh Semenanjung dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah, Labuan dan Sarawak.
sila semak status bus sekolah anda disini---> http://www.spad.gov.my/sbcs/
borang tuntutan SIMS_SPAD --> http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2014/articlefile_file_002882.pdf
surat siaran --> http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2014/articlefile_file_002883.pdf
borang tuntutan SIMS_SPAD --> http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2014/articlefile_file_002882.pdf
surat siaran --> http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2014/articlefile_file_002883.pdf
Subscribe to:
Posts (Atom)