Wednesday, February 5, 2014

Adakah bus sekolah anda dilindungi insuran ?

Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada sesi pembentangan Bajet 2013, kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.), sebagai agensi pelaksana dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), mengumumkan skim perlindungan insurans  murid-murid sekolah telah berkuatkuasa mulai 2 Januari 2013 dan akan berterusan sehingga 31 Disember 2014.
Kerajaan amat mengambil berat akan keselamatan pelajar-pelajar sekolah yang menaiki bas ke sekolah. Justeru itu, skim insurans ini adalah suatu langkah untuk mentransformasikan industri bas sekolah, yang mana ianya disediakan bagi membantu murid-murid dan keluarga murid bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.
Skim perlindungan insurans ini melibatkan murid-murid sekolah yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia DAN menaiki/menggunakan bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) diseluruh Semenanjung dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah, Labuan dan Sarawak.

Saturday, January 18, 2014

Permohonan Biasiswa Untuk Tahun 2014


Kepada murid-murid SMKBPJ(A) yang berminat untuk memohon Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) 2014 dan KWAMP , sila dapatkan borang permohonan daripada Pn. Chow.

Kritiria Kelayakan :

A)  KWAMP ( hanya untuk murid tingkatann 1)
B)  BKP untuk murid tingkatan 1 sehingga 5

 1.  Warga Malaysia
 2. Bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
 3. Pendapatan kasar ibu bapa kurang daripada RM 1500.
 4. Tiada mempunyai masalah disiplin.
 5. Murid hendalah cemmerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan.
6.  Murid belum menerima sebarang biasiswa dari mana-mana agensi kerajaan atau swasta.

Sila muat turun borang di bawah

1. Borang pemohonan KWAMP
2. Borang pemohonn BKP

Tarikh tutup permohonan KWAMP pada 25 Jan 2014.