Saturday, October 23, 2010

Seruan Terakhir kepada Anak-anak Muridku di Kelas 5UM, 5UKM, 5USM dan 5UPM

Cikgu berharap agar kamu dapat datang ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Berikanlah peluang kepada cikgu untuk membantu kamu bagi mendapat markah yang terbaik dalam Kertas Bahasa Melayu. Bermula pada hari Isnin ini (28 Oktober hingga tarikh peperiksaan), cikgu akan membincangkan soalan-soalan yang dijangka keluar dalam peperiksaan. Cikgu amat bersedih kerana hanya beberapa orang sahaja yang datang ke sekolah akhir-akhir ini selepas peperiksaan percubaan. Ingatlah bahawa masih banyak perkara yang perlu kamu pelajari sebelum menduduki peperiksaan SPM

No comments: