Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 2011".

Semoga dengan kehadiran Tahun Baru, semua warga SMK BPJ(A) akan terus bersemangat, berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh agar dapat merealisasikan semua impian kita menjadi kenyataan.
TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN
SESI 2011


Pendafataran kehadirn ibu/bapa/penjaga bersama anak
mengikut kelas masing-masing



Koperasi SMKBPJA menjual keperluan pelajar tahun 2011


Penerangan daripada Penolong Kanan HEM


Penerangan daripada PK Kokurikulum


Ucapan selamat datang dan maklumat mengenai PIBG
kepada yang hadir


Barisn guru kelas Peralihan dan Tingkatan 1
bersedia membawa pelajar masing-masing ke kelas


Pelajar di dalam masing-masing menunggu penerangan
daripada guru kelas




Thursday, December 30, 2010

PERKEMBANGAN STAFF 1 2011

TAJUK : PERANCANGAN STRATEGIK
TARIKH : 30 DISEMBER 2010
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 2.30 PETANG
TEMPAT : BILIK PUJANGGA (SEMINAR 1)

Penolong kanan telah menerangkan secara terperinci kepada semua guru bagi menyediakan Perancangan Strategik yang bermutu lagi berkualiti mengikut keperluan sekolah.

Guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti dan menyediakan perancangan strategik 2011-2013.

Taklimat dan maklumat yang diberikan oleh Puan Haniza (Penolong Kanan)


Senario peserta perkembangan staff


Align Centre
Bengkel : peserta berbincang dan menyediakan Perancangan Strategik
kumpulan masing-masing


Setelah penat berbengkel, semua peserta menjamu selera di kantin.

Monday, December 27, 2010

KEPUTUSAN PMR 2010
23 DISEMBER 2010
KHAMIS


ANTARA MURID CEMERLANG PMR 2010
(21 orang tekah mendapat straight A's)







Tahniah kepada murid yang berjaya
Semoga anda terus cemerlang dan tidak akan berputus asa



















Sunday, December 19, 2010

Penggunaan Novel `Interlok' tidak ditarik balik



Kembali ke Sekolah

Kepada semua warga SMKBPJA:
Dalam jangka masa dua minggu lagi kita semua akan kembali ke sekolah. Diharapkan agar semua sudah melakukan persiapan yang sepatutnya, membeli pakaian baru dan alat tulis untuk kegunaan sesi persekolahan pada tahun hadapan. Namun begitu, jika kelengkapan tahun ini masih boleh digunakan, gunapakailah lagi untuk mengelak pembaziran. Kepada murid-murid, tanamkan azam dan semangat baru untuk lebih berjaya lagi pada masa hadapan. Kepada guru-guru, tingkatkan prestasi untuk mencapai tahap perkhidmatan yang lebih membanggakan. Tahun 2011 diharapkan menjanjikan sesuatu yang lebih baik.

Keputusan PMR 2010

Kepada calon-calon PMR, saya ucapkan Selamat mengambil keputusan PMR pada 23 Disember 2010. Sila hadir ke sekolah dengan berpakaian lengkap sekolah dan kemas. Pastikan anda menjaga disiplin diri dan mematuhi segala peraturan sekolah. Guru-guru tingkatan yang terlibat, sila hadir pada hari berkenaan untuk memastikan segala urusan berjalan lancar. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dengan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang, anda masih ada masa untuk membuktikan kecemelangan anda dalam SPM kelak.