Saturday, October 23, 2010

Salam Perkenalan daripada PK

Salam kepada semua warga SMKBPJA,

Dalam kesempatan ini, saya ingin menghulurkan salam perkenalan kepada semua. Saya benar-benar berharap agar kita akan dapat bekerjasama dengan baik dan mencapai segala yang telah termaktub dalam visi dan misi sekolah kita. Sekali lagi,salam perkenalan. Kepada semua guru ingat akan `5C':

1. Communication
2. Cooperation
3. Commitment
4. Caring
5. Concern

Drp:


Pn.Haniza bt. Mohd Jabar @ Ibrahim,
Guru Penolong Kanan,
SMKBPJA.

Seruan Terakhir kepada Anak-anak Muridku di Kelas 5UM, 5UKM, 5USM dan 5UPM

Cikgu berharap agar kamu dapat datang ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Berikanlah peluang kepada cikgu untuk membantu kamu bagi mendapat markah yang terbaik dalam Kertas Bahasa Melayu. Bermula pada hari Isnin ini (28 Oktober hingga tarikh peperiksaan), cikgu akan membincangkan soalan-soalan yang dijangka keluar dalam peperiksaan. Cikgu amat bersedih kerana hanya beberapa orang sahaja yang datang ke sekolah akhir-akhir ini selepas peperiksaan percubaan. Ingatlah bahawa masih banyak perkara yang perlu kamu pelajari sebelum menduduki peperiksaan SPM

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK SELEPAS PMR




Fokus kerjaya bersama kolej PTPL


Pertandingan bola jaring bersama Pn.Megala



Pertandingan bola keranjang bersama Pn.Tan



Mini olimpik badminton bersama Pn.Nesamani,Pn.Samundeesvary dan Cik Lim



Aktiviti Mencari Harta karun disempurnakan oleh kolej swasta bersama kaunselor



Melukis peta Malaysia bersama Pn.Sharifah Fatimah



Melukis lakaran abstrak bersama Pn.Jalilah





Minuman percuma tajaan " Tropicana Sdn.Bhd "

Banyak lagi aktiviti menarik menanti anda khas untuk semua pelajar tingkatan 3.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak dan semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti selepas PMR ini.(Guru-guru kaunselor,Penyelaras Koku,Guru-guru permainan, guru-guru program dan semua murid tingkatan 3 yang sangat berminat menyertai setiap program yang diadakan .....anda semua memang HEBAT !

" 1 Murid 1 Sukan, Guru Prihatin Penjana Wawasan "

Friday, October 22, 2010

Hadiah dan Pemenang Pertandingan Blog 2010

Setelah penilaian dibuat, bermula pada bulan Januari hingga Oktober 2010, dengan ini diumumkan bahawa pemenang blog adalah seperti yang berikut:

1. Blog Terbaik –Wang Tunai RM100.00 dan sijil – Blog Pusat Sumber
2. Blog Kelas Terbaik –Wang Tunai RM50.00 dan sijil-Blog 3UM
3. Blog Guru Terbaik –Wang Tunai RM50.00 dan Sijil-Blog Pn. Sia Bee Loon
4. Akaun Facebook paling aktif (Guru sahaja)-Wang Tunai RM50.00 dan sijil-Pn.Chow

(Catatan: Hadiah-hadiah dan sijil akan disampaikan pada 13 November 2010 di Hotel Equatorial bersempena dengan Majlis Jamuan Akhir Tahun SMKBPJA 2010.)

MURAL PETA MALAYSIA

Mural Peta Malaysia dilukis sebagai banhan tampak lagi jelas kepada warga SMKBPJA supaya lebih faham dan mengetahui lokasi negeri dan ibu negeri Malaysia.

Harap mural peta dapat dimanfaat kepada semua pelajar..




TAKLIMAT PENDIDIKAN MORAL

PANITIA PENDIDIKAN MORAL TEALH MENGANJURKAN TAKLIMAT PANITIA MORAL (SPM) BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

TAHNIAH KEPADA PANITIA PENDIDIKAN MORAL




MURAL 'TERATAI LARANGAN'

Jutaan terima kasih diucapkan kepada bekas pelajar (KU AQILAH) yang telah melakar mural ini
dan terima kasih juga kepada HUIYU, EUGENE, YONG KIET & YI XUAN (3UM)
dan tidak lupa kepada PN YONG SEE SEE & PN SYARIFAH yang turut mewarna lakaran bunga teratai

Jasa dan masa yang diluangkan sangat dihargai...

Proses mewarna lakaran 'lotus' pilihan masing-masing


mewarna latar mural

Kumpulan pelukis mural 'Teratai Larangan'


TERIMA KASIH DAUN KELADI
LAIN KALI BOLEH TOLONG LAGI