Monday, July 29, 2013

Majlis penyampaian FAIL MODUL MENTOR MENTEE

PENYERAHAN FAIL KEPADA GURU-GURU MENTOR
TARIKH        ; 20 JUN 2013
TEMPAT       : BILIK SEMINAR SMKBPJA
ANJURAN    : UNIT KAUNSELING SMKBPJA

Setiap 2 orang guru menjadi mentor bagi setiap kelas supaya dapat menjalankan modul yang telah diserahkan unit kaunseling. Program yang merupakan salah daripada Pogram Penyayang ini dijalankan untuk membangun sahsiah dan jatidiri murid. Mentor juga berperanan mendekati murid dan dapat menyelesaikan masalah mentee.

En Husni (guru kaunseling ) mengumumkan nama-nama guru
PK HEM menyerahkan fail kepada guru tingkatan dan mentor kelas masing-masing
 


LADAP -I THINK

TARIKH                : 6HB JULAI 2013
HARI                      : SABTU
TEMPAT               : SEGI COLLEGE Subang Jaya
PENCERAMAH   : PUAN ZARIAH BINTI ZAINAL
                                  Dari SMK Serendah



Kumpulan 6 :  Peta  Titaian  yang telah siap
PROGRAM I-THINK  adalah satu program  mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir murid ke arah menghasilkan murid berinovatif
Terdapat  8 peta pemikiran dan proses pemikiran  yang mempunyai proses pemiiran sendiri dan penggunaan peta ini mengikut tajuk atau unit pelajaran.

                                                            
8 Peta I- THINK  tersebut ialah ;

  1. PETA BULATAN 
  2. PETA BUIH,
  3.  PETA BUIH BERGANDA ,
  4.  PETA POKOK , 
  5. PETA DAKAP , 
  6. PETA ALIR, 
  7. PETA PELBAGAI ALIR, 
  8. PETA TITIAN

  
Kumpulan  7  membuat persembahan berkaitan peta titian




TIP
  1. PASTIKAN MURID SUDAH BERSEDIA UNTUK BELAJAR
  2. PASTIKAN GURU MEMBERI MASA KEPADA MURID UNTUK BERFIKIR
  3. PASTIKAN ARAHAN GURU SENANG DIFAHAMI MURID
                               
 SELAMAT MAJU JAYA
semoga ilmu yang diperolehi akan memantapkan lagi pdp rakan pendidik smkbpja semua
________________________             


LADAP penggunaan 'document camera' & koperasi


TAJUK   : PENGGUNAAN  'DOCUMENT
                 CAMERA'                  
TARIKH  : 2 Mei 2013
TEMPAT : BILIK SEMINAR SMKBPJA
PENYAMPAI MAKLUMAT :
                 EN FAN dari I.E.E SOLUTION SDN
                  BHD

**teknik dan cara penggunaan alat PdP**


TAJUK              : TAKLIMAT  KOPERASI
Infomasi mengenai kebaikan  menjadi ahli koperasi




LADAP : 1MURID 1SUKAN

TARIKH  : 31 Januari 2013
TEMPAT : SMK BANDAR PUCHONG JAYA (A)
                   1. Dewan Munsyi (Dewan Terbuka)
                   2. Padang Sekolah
PENCERAMAH & FASILITATOR : Guru Opsyen PJK (Panitia PJK)
SASARAN :  Semua guru SMKBPJA
OBJEKTIF : Semua guru perlu tahu kemahiran permainan dipadang. Guru-guru diberi pendedahan seperti
                     lari berpagar, lontar cakera. lontar peluru, lontar lembing dan lompat jauh

Semua guru SMKBPJA mengikut latihan
Jurulatih En Shahrin & Pn Norida

Cubaan renjam lembing yang betul oleh guru

Lontar cakera oleh salah seorang peserta

Jurulatih  menunjukkan cara memegang
dan  cara lontar  peluru   dengan betul dan selamat

Mencuba
 lontar peluru


Penerangan oleh SU Sukan Unit Kokurikulum
 (Cik Nor Hashimah)  mengenai lompat jauh









Pn Norzamzarina melompat mengikut cara yang diterangkan
oleh jurulatih/fasililtator
  
Puan Yong lari berpagar





Saturday, July 27, 2013

INFO PLKN

SILA SEMAK  SENARAI  NAMA UNTUK PLKN
http://www.khidmatnegara.gov.my/index.html
ATAU
SMS ke  PLKN semak<no kp anda> hantar 15888

Tuesday, July 23, 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2013

 ANTARA GURU DAN STAF YANG SANGGUP  MENYUMBANG TENAGA
SEBAGAI
GURU PENGIRING DAN FASILILATOR
BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI
__________******__________
RIBUAN  TERIMA KASIH KEPADA
PN NIK ROSMITA, EN HUSNI, PN SHAMSINA, PN LIM LI MIN, PN CHOW,
 EN SHAHRIN, EN FIRDAUS, EN HISHAMUDDIN, EN YANTO, EN RADZI

PROGRAM PERKHEMAHAN
MEMBINA KETAHANAN DAN KEYAKINAN PESERTA
 DISAMPING
 MEMUPUK SIKAP SETIAKAWAN, KERJASAMA DAN CIRI-CIRI KEPIMPINAN.
________________________********_________________________

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN


PEMBENTANGAN HASIL PERBINCANGAN KUMPULAN MASING-MASING










PENYAMPAIAN HADIAH, SIJIL DAN HAMPER
KEPADA PESERTA DAN KUMPULAN YANG MENANG
PESERTA TERBAIK
TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU DAN STAFF YANG TERLIBAT , PIBG DAN SOKONGAN IBUBAPA PENGAWAS. JASA ANDA SANGAT KAMI HARGAI.

DIHARAPKAN ILMU DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI SEMASA KURSUS INI AKAN MEMBERI KEKUATAN DAN DISIPLIN YANG LEBIH BAIK KEPADA ANDA. 

""PENGAWAS CEMERLANG , SEKOLAH GEMILANG""

Sunday, July 21, 2013

SOALAN-SOALAN LAZIM
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1. Apa itu PBS?

 PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guruguru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.


2. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantuguru merekod pencapaian murid secara berterusan.

3. Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang?

Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

4.  Bila PBS mula dilaksanakan?

PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

5. Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?

• PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan 
assessment of learning.

• Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

•Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.

• PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masingmasing kerana mereka:
          - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
          - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid
          - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
          - mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

6. Apakah standard prestasi?

Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.

7. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
          • Pementoran
          • Penyelarasan 
          • Pemantauan 
          • Pengesanan

• Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.

• Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. 

• Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.

• Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

8. Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka?

Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bilabila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).

9. Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik. Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

10. Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?

PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

11. Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?

Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:
          - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan boleh memberi maklum balas yang        
            membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid
          - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
          - mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

12. Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS?

Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah