Thursday, July 18, 2013

BUNGA KESIDANG

BUNGA  KESIDANG : bunga tema SMKBPJA 


Pokok Tikar Seladang atau juga dikenali sebagai Kesidang atau dikenali juga dengan nama pokok bunga kerak nasi di bahagian utara semenanjung Malaysia atau bunga tikam seladang di pantai Timur merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Apocynaceae. Ia juga dikenali dengan nama bread flower di Negara-negara barat. Tumbuhan yang dipercayai berasal dari kepulauan jawa ini merupakan sejenis tumbuhan memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu dan keras serta mudah lentur. Sifat batangnya yang mengemabang pada bahagian hujungnya menyebabkan ia menjadi pilihan sebagai tanaman untuk menghias junjung atau pergola di taman. Walaupun ia juga boleh sentiasa dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun. Kulit batang dan daun kesidang mempunyai getah yang berwarna putih. Ia mempunyai perdu setinggi ± 3 meter. Tumbuh tegak dengan daun majmuk, berbentuk payung berpasangan.

Kegunaan[sunting]

Pokok kesidang atau nama botaninya vallaris glabra ini ditanam kerana bunganya. Bunganya yang berwarna putih mempunyai saiznya kecil dan menerbitkan bau wangi yang seakan-akan bau daun pandan. Ia juga dipanggil bunga kerak nasi bukan hanya kerana warnanya yang putih dan bentuk jambak bunganya yang seakan-akan kerak nasi, tetapi kerana baunya juga. Baunya jika diamati seolah-olah menyerupai bau nasi. Satu kajian dilakukan oleh sebuah Universiti di Chieng Mai Thailand untuk menngenalpasti bau nasi yang terdapat pada bunga kesidang. Bunga yang kecil ini tersusun membentuk jambak bunga. Baunya yang harum semerbak ini menyebabkan ia juga digunakan seagai ramuan untuk membuat bunga rampai setelah dicampur dengan baha-bahan lain seperti daun pandan dan bunga-bunga wangi yang lain. Masyarakat melayu tradisional juga menjadikan bunga kesidang sebagai hiasan rambut anak-anak gadis dan wanita. Ia juga dijadikan hiasan alat-alat istiadat seperti tepak sirih. Bunga kesidang melambangkan tanda hormat bagi masyarakat melayu. Ia juga melambangkan kesopanan dan sikap lemah lemut orang melayu. Kerana itu juga Ia telah dijadikan bunga rasmi bagi Negeri Melaka yang terkenal dengan ketinggian adat istiadat dan budaya.

Tambahan pula dengan kehadiran bunga kesidang yang wangi ini taman anda akan sentiasa meriah dengan kunjungan rama-rama dan burung kelicap yang menggemari bunga ini. Lazimnya, ia digunakan sebagai bahan untuk membuat bunga rampai dan hiasan rambut.

Pembiakan[sunting]

Kebanyakan tumbuhan jenis memanjat selalunya dibiakkan dengan kaedah tut walaupun sesetengahnya juga mudah tumbuh melalui keratan batangdan percambahan biji benih. Pokok kesidang juga boleh dibiakkan dengan kaedah tut dan keratan batang.Satu kaedah lagi yang digunakan ialah dengan melenturkan batang pokok ini hingga menyentuh tanah. Batang ini kemudiannya ditindih dengan menggunakan benda berat, contohnya batu-bata dan dibiarkan hingga akarnya tumbuh.Setelah akar tumbuh, bahagian yang telah bercambah ini boleh dipotong dan ditanam ditempat lain. Kaedah ini di namakan ‘layering’ dan merupakan kaedah paling mudah untuk membiakkan tumbuhan memanjat.
Penjagaan Pokok kesidang tergolong dalam kategori tumbuhan yang mudah dijaga dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi.Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk menghasilkan pengeluaran bunga yang optimum. Walaupun begitu , ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu terik sehingga daunnya menjadi kemerah-merahan. Ia Paling sesuai ditanam ditempat yang mendapat lebih kurang 50% cahaya matahari. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram dua kali sehari pada hari-hari yang panas terik.Ia memerlukan medium yang memberikan saliran yang baik.
Berikan baja bunga dua minggu sekali untuk memastikan ia mendapat segala keperluan untuk bunganya. Pangkas bahagian yang berbunga setelah bunganya layu untuk memastikan tunas baru yang mampu menerbitkan bunga baru tumbuh. Berikan sokongan kepadanya dalam bentuk para atau pergola untuk mengangga batangnya jika anda mengambil keputusan menjadikannya pokok memanjat. Jika tidak pastikan pemangkasan sentiasa dilakukan supaya ia dapat menjadi pokok kecil yang rendang dan rimbun.  

Monday, July 2, 2012

KEM KEPEMIMPINAN PENGAWAS SESI 2012

KEM KEPEMIMPINAN PENGAWAS SESI 2012

22 JUN 2012 HINGGA 23 JUN 2012 (JUMAAT - SABTU)
KEM AN-NAIM, HULU LANGAT SELANGOR


Memupuk sikap setiakawan dan bekerjasama. Sikap kepemimpinan individu pengawas perlu diserlahkan agar dapat memantapkan lagi disiplin sekolah seperti yang diharapkan

chalet guru dan fasilitator

'team building'

perbincangan guru pengiring unit disiplin

                                               BERMANDI MANDA DI SUNGAI GAHAL


BERKAYAK SELEPAS 'JUNGLE TRACKING'


gambar kenangan peserta sebelum bas tiba

Sunday, May 20, 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

Salam Sejahtera..

Pihak sekolah mendoakan agar para pelajar dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan baik.. diharap agar pelajar semua akan memperoleh keputusan yang cemerlang..

Pesanan kami agar pelajar semua mengulangkaji dengan baik, tenang menjawab soalan, kurangkan aktiviti yang memenatkan, dapatkan tidur dan rehat yang cukup di rumah dan pastikan anda bersarapan sebelum ke sekolah.. :-)

Good luck, students!

KUPON KARNIVAL RIA

Salam Sejahtera..

PERHATIAN!


IBU-BAPA & PARA PELAJAR SEKALIAN..

SETIAP PELAJAR ADALAH DIWAJIBKAN UNTUK MEMBELI KUPON BAGI KARNIVAL RIA SEMINIMUM RM 30.00.
 BERMULA HARI ISNIN (21/05/2012), GURU KELAS MASING-MASING AKAN MULA MENGEDARKAN KUPON TERSEBUT. 
PIHAK SEKOLAH AMAT MENGHARAPKAN KERJASAMA IBU-BAPA &PELAJAR

JANGAN LUPA!!!

ANDA BERPELUANG MEMENANGI I-PAD & TELEFON PINTAR SAMSUNG GALAXY S..

BAGAIMANA?

ANDA HANYA PERLU MENJADI PEMBELI KUPON TERBANYAK!



CEPAT!!! 

PELUANG MASIH TERBUKA.. ADAKAH ANDA YANG AKAN MILIKI HADIAH MENARIK INI? :-)


16 MEI kembali lagi..... :-)

Hai semua...

Siapa di antara anda yang tahu apakah kaitan di antara tarikh 16 Mei ini? 
ya... hari guru.. hari guru yang cukup istimewa.. hari di mana para guru diberi penghargaan yang cukup bermakna.. hari yang disambut hanya setahun sekali.. ;-)

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga guru SMK Bandar Puchong Jaya (A).. Semoga kita bersama-sama melakukan transformasi terhadap pelajar dan sekolah kita.. :-)

p/s: kepada para pelajar, hargailah guru anda.. guru yang sentiasa sabar melayan karenah kalian.. guru yang sentiasa sabar mencurahkan ilmu tanpa jemu.. hormatilah dan sayangilah guru anda..

Friday, May 11, 2012

Kompang Formasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Ok, hari ni cikgu nak update tentang Pertandingan Kompang Formasi pula..

Pada 2/5/2012 (Rabu) yang lalu, SMK Bandar Puchong Jaya telah menjadi Tuan Rumah sekaligus menyertai Pertandingan Kompang Formasi peringkat daerah Peraling Perdana. Sebanyak 20 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori Skolah Menengah dan kategori Sekolah Rendah. Senarai sekolah terlibat adalah seperti berikut:


Sekarang kita lihat pula apa yang berlaku sepanjang majlis tersebut



Pemenang Kategori Sekolah Rendah

Pemenang Kategori Sekolah Menengah - SMK Seksyen 19, Shah Alam

Baik, sekarang mari kita lihat rakaman persembahan kompang formasi daripada pasukan sekolah kita, SMK Bandar Puchong Jaya (A) dan juga pasukan yang telah menjuarai pertandingan ini, SMK Seksyen 19, Shah Alam.. :-)



Pasukan sekolah yang mantap! ;)



Juara.. ;)


Baiklah, setelah menonton video-video ini diharap anda 'enjoy' dan dapatlah mengambil teladan agar lebih berusaha di masa hadapan.. Semoga pasukan kompang sekolah kita akan berusaha lebih gigih dan mencapai kejayaan yang cemerlang selepas ini..


Sampai di sini sahaja... Jumpa lagi.. :-)

Friday, May 4, 2012

hai semua.. kita sambung dengan Ceramah Kerjaya.. ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Masih ingat lagi, entri sebelum ini kita dah baca tentang Pameran Kerjaya yang telah berlangsung di sekolah kita? seronok kan? baik, hari ini cikgu nak sambung sedikit dengan aktiviti yang telah diadakan bersama dengan Pameran Kerjaya tersebut iaitu Ceramah Kerjaya.

Mari kita lihat apa yang telah para pelajar lalui pada sesi ceramah tersebut.. ;)















Ceramah-ceramah tersebut telah disampaikan oleh wakil dari pihak THE ONE ACADEMY, TAYLOR'S COLLEGE, & THE OTOMOTIF COLLEGE.. Diharap ceramah-ceramah tersebut dapatlah membuka mata para pelajar agar nampak dengan lebih jelas akan masa depan mereka..

Berjumpa lagi di entri akan datang... 
Salam sayang kepada semua... :-)