Wednesday, April 25, 2012

Pameran Hari Kerjaya 2012

Salam sejahtera semua..
Bertemu lagi kita pada entri kali ini..
Apa khabar anda semua? Cikgu harap, semuanya sihat belaka..

Baik, hari ini anda semua akan dapat menyaksikan sedikit coretan tentang Pameran Kerjaya yang telah diadakan pada hari Khamis 19 April 2012.. Mari kita lihat apa yang ada....













Seronok bukan?? Rugilah siapa yang tak hadir ke sekolah pada hari tersebut.. Ok mari kita lihat, pihak-pihak yang menyertai pameran tersebut..

Sebanyak 21 buah kolej yang telah mengambil bahagian di dalam pameran tersebut.
Kolej-kolej tersebut adalah..

1.    MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)            12.  UTAR 
2.    KLMU                                                                13.    TAYLOR’S UNIVERSITY
3.    TUN TAN CHENG LOCK ASSUNTA HOSPITAL          14.    THE ONE ACADEMY
4.    NILAI INTERNATIONAL COLLEGE             15.    INTI COLLEGE
5.    PTPL/MSU                                                       16.  THE OTOMOTIF COLLEGE
6.SUNWAY UNIVERSITY                                   17.   ERA LEARNING                
7.KOLEJ DAMANSARA UTAMA (KDU)          18.   SEGI SUBANG JAYA
8.SAITO COLLEGE                                              19.   KOLEJ WIT
9.BINARY UNIVERSITY                                     20.   UCTI
10.STYLING PAVILION                                     21.   HELP UNIVERSITY
11.CENTURIA EDUCATION COUNSELING    

Itu sahaja coretan cikgu pada kali ini.. Bertemu lagi kita di entri akan datang ya! 


Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKBPJA 2011

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011 sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar yang telah memperolehi kejayaan di dalam bidang pada tahun 2011.


Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh   : 28 April 2012 (Sabtu)
Masa    : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Ilmiah, SMK Bandar Puchong Jaya (A)


Ibu-bapa dan penerima anugerah diharap dapat hadir bagi memeriahkan majlis tersebut...

Terima kasih.. :-)

Sunday, April 15, 2012

PERHATIAN - Kekosongan Jawatan

PERHATIAN kepada anda sekalian..

Sesiapa yang berminat menjadi Guru Ganti sila hubungi pihak sekolah di talian 03-80754728 dan hantar "RESUME" beserta sijil ke pejabat sekolah. Sila jumpa Penolong Kanan untuk maklumat lanjut.


Sekian, terima kasih..



Monday, March 19, 2012

Saat Yang Dinanti Telah Tiba...

   Debaran semakin terasa.. Calon-calon SPM 2011 sudah semestinya sedang berkira-kira apakah yang akan mereka perolehi.. Segala penat lelah sepanjang zaman persekolahan akan terjawab..

      Perhatian semua....

KEPUTUSAN SPM 2011 akan diumumkan tidak lama lagi... 
Semua warga sekolah SMK Bandar Puchong Jaya (A) terutamanya para guru mengalu-alukan kehadiran semua Calon SPM 2011 dan ibu bapa untuk hadir ke sekolah bagi bersama-sama berkongsi kegembiraan dalam menerima keputusan tersebut..

Butir-butir Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2011 adalah seperti berikut:


                    Tarikh      : 21 Mac 2012 (Rabu)
             Tempat    : Dewan Ilmiah, SMK Bandar Puchong Jaya (A)

             Tentatif Program

              8.30 pagi   :   Calon SPM 2011 / Ibu Bapa tiba ke sekolah
              9.00 pagi   :   Berkumpul di Dewan Ilmiah
              9.15 pagi   :   Slot perbentangan Keputusan SPM terdahulu oleh 
                                  Setiausaha Peperiksaan 
                            

Saturday, March 10, 2012

Aktiviti sepanjang suku tahun pertama 2012

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Setelah kita melalui 3 bulan pertama di tahun 2012 ini, SMK Bandar Puchong Jaya (A) telah dengan jayanya mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sahaja melibatkan warga guru dan pelajar sekolah ini malah ibu bapa dan orang awam juga tidak ketinggalan.

Berikut merupakan maklumat  aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung:

  • Hari Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan 2012
  • Majlis Perpisahan Mantan Pengetua SMK Bandar Puchong Jaya (A), Puan Ramlah binti Musri
  • Majlis Perlantikan Jawatan-jawatan Khas 2012
  • Program 1 Murid 1 Sukan
  • Majlis Penyampaian Hadiah Program 1 Murid 1 Sukan
  • Larian Ria 2012
  • Majlis Penyampaian Hadiah MSSD 2012
  • Program Motivasi Pelajar 2012
  • Mesyuarat Agong PIBG 2012

Dalam entri-entri yang akan datang, anda akan dapat melihat lebih banyak maklumat terperinci dan gambar-gambar yang menarik. Nantikan.. :-)