Sunday, December 19, 2010

Kembali ke Sekolah

Kepada semua warga SMKBPJA:
Dalam jangka masa dua minggu lagi kita semua akan kembali ke sekolah. Diharapkan agar semua sudah melakukan persiapan yang sepatutnya, membeli pakaian baru dan alat tulis untuk kegunaan sesi persekolahan pada tahun hadapan. Namun begitu, jika kelengkapan tahun ini masih boleh digunakan, gunapakailah lagi untuk mengelak pembaziran. Kepada murid-murid, tanamkan azam dan semangat baru untuk lebih berjaya lagi pada masa hadapan. Kepada guru-guru, tingkatkan prestasi untuk mencapai tahap perkhidmatan yang lebih membanggakan. Tahun 2011 diharapkan menjanjikan sesuatu yang lebih baik.

Keputusan PMR 2010

Kepada calon-calon PMR, saya ucapkan Selamat mengambil keputusan PMR pada 23 Disember 2010. Sila hadir ke sekolah dengan berpakaian lengkap sekolah dan kemas. Pastikan anda menjaga disiplin diri dan mematuhi segala peraturan sekolah. Guru-guru tingkatan yang terlibat, sila hadir pada hari berkenaan untuk memastikan segala urusan berjalan lancar. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dengan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang, anda masih ada masa untuk membuktikan kecemelangan anda dalam SPM kelak.

Saturday, November 27, 2010

Penilaian Prestasi 2010

Mana-mana guru SMKBPJA yang belum mengetahui atau berbincang tentang markah penilaian presatsi untuk tahun 2010, sila hubungi saya melalui e-mel. Tarikh terakhir perbincangan tentang markah adalah pada 28 November 2010. Harap maklum.Drp:
En. Abdul Ghalib bin Yunus

Monday, November 22, 2010

Selamat menghadapi SPM dan Selamat Bercuti

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Menghadapi SPM kepada semua pelajar
tingkatan lima 2010. Semoga kalian dapat menjawab dengan jayanya. Kami warga
SMK Bandar Puchong Jaya(A) mendoakan kesejahteraan dan moga tabah menghadapi peperiksaan SPM ini.

Pihak sekolah juga mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua warga
SMK Bandar Puchong Jaya (A).

Luangkan masa bersama keluarga dalam "Cuti -Cuti Malaysia" dan isikan masa lapang kalian dengan perkara yang boleh dimanfaatkan bersama-sama.

"Semoga ceria selalu".

Wednesday, November 17, 2010

Jasamu tetap dikenang -Mantan Penolong Kanan SMKBPJ(A)


Gambar kenangan bersama mantan Penolong Kanan-En.Ghalib b.Yunus


Gambar bersama guru-guru semasa majlis "SUARASA" di Hotel Equatorial,Bangi pada 13 November 2010

"Kenangan bersamamu tetap di hati kami semua"

Friday, November 12, 2010

Majlis Graduasi 2010






MAJLIS GRADUASI PELAJAR TINGKATAN 5 2010


11 NOVEMBER 2010



KHAMIS



Ucapan Perasmian oleh Penolong Kanan





Semoga majlis yang dianjurkan ini memberi semangat

kepada calon SPM 2010.

Warga SMKBPJ(A) mendoakan kejayaan anda semua.



Selamat Maju Jaya!



Thursday, November 4, 2010

Selamat Bercuti sempena Hari Deepavali

Pihak sekolah mengucapkan "SELAMAT BERCUTI SEMPENA HARI DEEPAVALI" kepada semua warga SMK Bandar Puchong Jaya(A).Tidak kira di mana anda berada,KESELAMATAN diri dan keluarga perlu diutamakan.

Semoga ceria selalu...