Friday, October 22, 2010

MURAL PETA MALAYSIA

Mural Peta Malaysia dilukis sebagai banhan tampak lagi jelas kepada warga SMKBPJA supaya lebih faham dan mengetahui lokasi negeri dan ibu negeri Malaysia.

Harap mural peta dapat dimanfaat kepada semua pelajar..




TAKLIMAT PENDIDIKAN MORAL

PANITIA PENDIDIKAN MORAL TEALH MENGANJURKAN TAKLIMAT PANITIA MORAL (SPM) BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

TAHNIAH KEPADA PANITIA PENDIDIKAN MORAL




MURAL 'TERATAI LARANGAN'

Jutaan terima kasih diucapkan kepada bekas pelajar (KU AQILAH) yang telah melakar mural ini
dan terima kasih juga kepada HUIYU, EUGENE, YONG KIET & YI XUAN (3UM)
dan tidak lupa kepada PN YONG SEE SEE & PN SYARIFAH yang turut mewarna lakaran bunga teratai

Jasa dan masa yang diluangkan sangat dihargai...

Proses mewarna lakaran 'lotus' pilihan masing-masing


mewarna latar mural

Kumpulan pelukis mural 'Teratai Larangan'


TERIMA KASIH DAUN KELADI
LAIN KALI BOLEH TOLONG LAGI

Monday, October 18, 2010

Blog yang Tidak Aktif

Dimaklumkan bahawa blog yang tidak akftif telah dan akan dikeluarkan daripada blog ini. Harap maklum.

Saturday, October 9, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah -9 Oktober 2010 (Program Senamrobikton dan Hari Kokurikulum) berjalan lancar

Persediaan terakhir pada waktu pagi









Majlis perasmian bermula

a) Bacaan doa oleh Ustaz Fakri


b) Para tetamu jemputan berada di pentas yang direka khas sempena program
senamrobikton


c) Ucapan penuh bersemangat daripada Penolong Kanan,Pn.Haniza


d) Ucapan daripada YDP PIBG En.Alan.Beliau turut mengumumkan jumlah kutipan
yang berjaya dikutip dan mengucapkan tahniah kepada semua warga SMK BPJ(A)





e) Ucapan daripada Dr Kow Cheong Wei,Pengerusi Komuniti Kinrara,Puchong.Beliau
mengumumkan sumbangan sebanyak RM 2500.00 kepada sekolah.Pihak sekolah
mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau atas sumbangan yang diberikan.
Seterusnya beliau melepaskan tiga " das tembakan" ke udara menandakan
pembukaan perasmian program pada hari ini



f) Dr.Kow menyampaikan hadiah berupa "notebook" kepada pelajar yang mendapat
kutipan tertinggi



g) Gambar kenangan bersama Dr Kow sebelum beliau meninggalkan majlis perasmian



h)Acara senamrobikton bermula dengan diketuai oleh Pn.Morren



i)Pihak sekolah mengucapkan berbanyak -banyak terima kasih kepada penaja makanan
( Ayam A1) dan minuman percuma (Brand 888)kerana sumbangan yang telah diberikan



j) Selepas rehat, penyampaian sijil kokurikulum dan hadiah kepada cabutan bertuah diberikan.

*** Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program senamrobikton dan Hari Kokurikulum pada hari ini.
*** Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan juga kepada semua AJK pelaksana program hari ini.Tanpa kerjasama daripada kalian program ini tidak akan berjalan selancar ini.Sebarang kesulitan yang berlaku harap dapat dimaafkan.
*** Tahniah juga kepada semua pelajar yang dapat menghadirkan diri ke sekolah pada hari ini.

Thursday, October 7, 2010

Program Senamrobikton dan Hari Kokurikulum 2010


Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan anda semua pada hari Sabtu ini sempena program Senamrobikton dan Hari Kokurikulum.


Persiapan terakhir membina pentas untuk senamrobikton.


Hadiah -hadiah lumayan cabutan bertuah menanti anda.





Sijil-sijil kokurikulum juga akan diberikan kepada pelajar.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Datanglah beramai-ramai pada hari Sabtu ini.

7.30 -8.00 --semua warga sekolah berkumpul di dataran terbuka

8.00 -8.30 -- ucapan YDP PIBG dan YB Dr Kow Cheong Wei

8.30 -9.30 -- Senamrobikton ( persembahan menarik pelajar )

9.30 -10.00 -- Rehat

10.00 -12.00 -- Penyampaian sijil / hadiah/ cabutan bertuah

12.00 -- Bersurai