Thursday, October 7, 2010

Sepetang bersama Pengetua -Pn.Ramlah


Ketibaan kami disambut mesra oleh Pn.Ramlah


Gambar kenangan bersama Pn.Ramlah selepas menjamu selera. Sungguh enak kami menikmati pelbagai hidangan yang disediakan.


Kunjungan bersama guru-guru daripada SMK Seri Serdang.Cukup meriah sekali.







Persekitaran rumah Pn.Ramlah dipenuhi pohon-pohon menghijau terutama pelbagai spesies kaktus.Sungguh kagum kami menikmati keindahan lamannya.









Berehat seketika sementara menunggu masa untuk menaiki bas semula menuju pulang.
Terima kasih Pn.Ramlah sekeluarga kerana sudi menerima kunjungan kami.
Layanan dan hidangan yang cukup istimewa. Kami tidak lupa dan akan menjadi kenangan yang paling manis untuk semua.

Kami warga SMK BPJ(A)sentiasa mendoakan agar Pn.Ramlah cepat sembuh dan boleh kembali ke sekolah semula.Moga ceria selalu...

Wednesday, October 6, 2010

Hari Senamrobikton 2010

Semua ibu bapa dan warga SMKBPJA,
Jangan lupa datanglah beramai-ramai ke sekolah ini untuk menjayakan Hari Senamrobikton 2010. Di samping meningkatkan kesihatan, marilah kita sama-sama menambahkan dana PIBG bagi menjayakan pelbagai program dan kelengkapan sekolah. Yang berikut ialah janji temu kita:

Tarikh: 9 Oktober 2010
Masa: 7.30 Pagi hingga 12.00 Tgh
Tempat: Dataran Ilmiah SMKBPJ(A)



("Jom ramai-ramai datang ke sekolah pada hari SABTU ini..mari kita bersenamrobik...badan sihat...minda cerdas...-Pn.Nik Shafirin)


(Demi senamrobikton, kami sentiasa berusaha untuk menjadikan program ini berjaya walaupun terpaksa berhempas pulas---Pn.Che Rosnani)


("Saya telah berjaya mengutip sejumlah RM520.00 sahaja ---En.Muthiah")



{Kelas saya sudah berjaya mengutip wang sejumlah RM2500.00. Hebat ke tidak kelas saya ni???--En.Mohd Norfakhri)

Saturday, October 2, 2010

PMR 2010

ISTIMEWA BUAT CALON PMR 2010


SELAMAT MAJU JAYA KEPADA A N D A.....
SEMOGA ANDA BERJAYA ....
***BERSEDIA AWAL SEBELUM KE SEKOLAH
1. SEDIAKAN ALATAN & BAHAN PEPERIKSAAN
LEBIH AWAL (kad pengenalan, slip peperiksaan ,pensil, pen,
pemadam & pembaris)
2. TIDUR AWAL SUPAYA BANGUN AWAL UNTUK KE
SEKOLAH (PEPERIKSAAN)
4. SENTIASA TENANG DAN BERFIKIRAN POSITIF
5. PASTIKAN ANDA MEMATUHI PERATURAN
SEBAGAI PELAJAR & CALON PMR
6. JANGAN LUPA ::DAPATKAN RESTU IBU BAPA /
PENJAGA SEBELUM KE SEKOLAH &&&&
SENTIASA BERDOA...
USAHA TANGGA KEJAYAAN

Friday, October 1, 2010

Selamat datang ke SMKBPJ(A)


Kami, warga SMKBPJ(A), mengucapkan selamat datang kepada Pn.Haniza Bt. Mohd Jabar @ Ibrahim, Guru Penolong Kanan yang baharu ke SMK Bandar Puchong Jaya (A). Kehadiran Pn.Haniza ke sekolah ini amat dialu-alukan dan diharapkan Pn.Haniza dapat membawa sinar baharu ke sekolah ini.

Wednesday, September 15, 2010

Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti kepada semua warga SMK Bandar Puchong Jaya (A).Semoga kita semua bergembira di hari bahagia ini.

Friday, September 3, 2010

Jasamu tetap dikenang- En.Nawi b.Razali

Tanggal 3 September 2010(Jumaat) - semasa perhimpunan ringkas majlis perpisahan En.Nawi b.Razali

a) Ucapan ringkas daripada En.Abdul Ghalib Yunus



b)Ucapan penuh bersemangat daripada En.Nawi


Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En.Nawi atas jasa dan pengorbanan beliau selama ini di SMK BPJ(A).Semoga beliau akan terus berjaya di tempat baru.