Thursday, February 4, 2010

Pakaian Unit Beruniform Pada Setiap Hari Rabu



Tahniah....pelajar -pelajar ini berjaya memakai pakaian unit beruniform masing-masing.

Semua murid dan guru penasihat unit beruniform(KRS,PBSM,taekwando,kadet polis,
pandu puteri dan pengakap)digalakkan memakai pakaian masing-masing pada setiap hari Rabu.

Jom Ke Sekolah

Pada hari Sabtu ini (6/2/2010) merupakan hari Persekolahan menggantikan hari Jumaat (19/2/2010). Oleh itu, semua murid hendaklah datang ke sekolah pada hari tersebut seperti biasa. Pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan seperti biasa. Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk meningkatkan pencapaian semua murid dalam peperiksaan PMR dan SPM. Jika murid tidak hadir, usaha ini akan terjejas. Oleh itu, marilah semua murid kita ke sekolah pada hari Sabtu ini. Jom ke sekolah. Murid didahulukan kecemerlangan diutamakan.

Monday, February 1, 2010

Peraturan Pakaian Semasa Pendidikan Jasmani

Dengan ini dimaklumkan bahawa murid-murid dibenarkan memakai pakaian PJ dari rumah jika ada pelajaran Pendidikan Jasmani pada hari tersebut. Selepas waktu Pendidikan Jasmani tamat, pelajar dikehendaki menyalin pakaian PJ dengan pakaian seragam sekolah. Melalui kelonggaran ini, pelajar dapat memanfaatkan masa pendidikan jasmani dengan lebih berkesan. Kelonggaran ini tidak terpakai jika waktu pendidikan jasmani kelas tersebut pada hari Isnin. Semua murid mestilah berpakaian seragam sekolah kerana ada majlis perhimpunan rasmi. Harap maklum.