Friday, January 15, 2010

PROJEK BAIKI SEMULA KERUSI MEJA MURID OLEH UNIT INVENTORI & PERABOT

Unit inventori dan perabot telah memulakan operasi 'BAIKI SEMULA'
agar dapat dimanfaatkan semula oleh warga SMKBPJA.
Terima kasih kepada Encik Zakaria dan AJK Inventori
serta tidak lupa juga kepada Pengawas Perabot
yang bertungkus lumus membaiki kerusi meja ini semula.
Diharapkan
warga SMKBPJA menghargai jasa mereka
dan
sentiasa bertanggungjawap terhadap kemudahan yang disediakan .
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN PERLU DIJAGA
DAN
DIMANFAATKAN DENGAN BAIK DAN CERMAT

Thursday, January 14, 2010

Buku Peraturan Sekolah

Harap maklum bahawa semua murid perlu memiliki dan membawa Buku Peraturan Sekolah ke sekolah. Sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap disiplin sekolah, semua murid terlebih dahulu membuat aku janji dan menandatangani buku peraturan tersebut. Dengan berdasarkan Buku Peraturan Sekolah tersebut, murid akan mengetahui perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan. Saya berharap agar semua murid memiliki Buku Peraturan Sekolah dan membawanya ke sekolah pada setiap hari.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK)






Kami amat bertuah kerana memiliki guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti dan berpengalaman. En. Gopal dan En. Nawi banyak mengajar kami tentang kemahiran dalam banyak jenis permainan. Kami sememangnya memerlukan guru seperti ini yang bersungguh-sungguh mengajar kami. Kepada En. Gopal dan Encik Nawi, kami amat menyayangi cikgu.

Wednesday, January 13, 2010

Kami sentiasa berdisiplin ketika berurusan di kantin.






Saya amat berbangga kerana pengendali kantin sekolah kami mementingkan kebersihan dan kualiti makanan yang dijual.

Kami pula sentiasa berdisiplin ketikan berurusan di kantin. Jika kami berebut, mungkin ada antara kami yang tertumpah makanan. Apabila kami beratur dan tidak berebut, pihak kantin mudah untuk menerima bayaran dan memulangkan baki bayaran.

Aktiviti Unit Beruniform




Tahniah, kepada semua unit beruniform yang berjaya menjalankan aktiviti dengan berdisplin dan teratur.

Tuesday, January 12, 2010

Pengurusan dan Pentadbiran Tanpa Kertas

Dengan dimaklumkan bahawa kebanyakan urusan yang dijalankan di sekolah ini dilakukan melalui Internet dan blog. Oleh itu, semua guru di sekolah ini wajib mempunyai alamat e-mel, blog, facebook, dan sebagainya. Ibu bapa juga digalakkan. Pihak sekolah menggalakkan semua warga sekolah ini dan ibu bapa supaya berurusan melalui e-mel, blog dan sebagainya. Melalui cara ini, pihak sekolah dapat menjimatkan perbelanjaan mencetak kertas dan juga dakwat pencetak komputer. Bagi ibu bapa pula, mereka tidak perlu datang ke sekolah untuk berurusan kecuali perkara yang tidak dapat dilakukan melalui e-mel atau blog. Oleh itu, ibu bapa dapat menjimatkan masa dan tenaga. Saya berharap agar usaha ini mendapat sokongan daripada semua pihak.

Program Bacaan Pagi





Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Program Bacaan Pagi pada setiap perhimpunan pagi di tapak perhimpunan. Program ini bermula sebaik-baik sahaja murid tiba di sekolah. Mereka akan berada dalam barisan kelas masing-masing. Sambil menunggu waktu masuk ke kelas pada pukul 7.25 pagi, mereka akan membaca buku. Melalui program ini, murid tidak akan membuang masa atau berbual kosong. Bukan itu sahaja, mereka akan dapat meingkatkan iilmu dalam diri. Seterusnya, mereka akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa dalam diri.